Thursday, December 22, 2011

Bahasa alien atau bahasa kuno?

mintak tolong korang translate kan... aku dah try kat google translate tapi not found




Hmmm ni gambarnya


Hehe hebat kan bahasa ni? sumpah aku tak pernah jumpa

Thursday, November 3, 2011

A.W Surveys Jana Wang Dari Survey



Apa Itu A.w Survey? Pernahkah anda mendengar PAID SURVEY?
Korang Akan Dibayar sehinga USD $1-5 untuk satu survey...mudah kan? dah korang gak akan dapat 6usd!! semasa register..So apa tunggu algi? dari online facebook dan mengharapkan BE dari Nuffnang apa kata korang cuba ni? REGISTER SINI
Caranya anda hanya perlu membaca email sahaja dan anda akan memperolehi hasilnya....

Caranya terlalu mudah sehinnga anda tertanya-tanya didalam hati boleh percaya ke benda ni.Yang saya risaukan adalah kesungguhan anda bukannya percaya ataupun tidak

Disini ada beberapa website memberi pulangan yang tinggi dimana sekiranya anda sign up today anda akan terus dibayar.Menarik bukan.Cuba klik dibawah ini dan sign up.Sekiranya website tersebut meminta anda mengeluarkan duit tutup terus.Jika tidak ikutlah langkah2 bagaimana nak dapat duit free...


Wednesday, November 2, 2011

Bas meletup, dua orang jemaah haji meninggal dunia

 
 
DUA orang jemaah haji dari Britain terbunuh apabila bas yang dinaiki mereka meletup di Arab Saudi dalam perjalanan mereka menuju ke Kota Suci Mekah.

Dawud Burbank, 49, dan isterinya baru sahaja berlepas menaiki bas berkenaan dari Lapangan Terbang Jeddah selepas melalui penerbangan dari Birmingham semalam.

Bas tersebut yang membawa 29 orang penumpang jemaah haji warga Britain dan Pakistan meletup lalu terbakar berhampiran sebuah jejantas sebaik sahaja melepasi sebuah persimpangan penghubung jalan.


Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada keadaan enjin yang terlalu panas menyebabkan api merebak menyambar tangki petrol bas berkenaan.

Pemandu bas yang menyedari kepulan asap keluar dari kenderaan telah memberhentikan bas dengan segera. Dia cuba menyelamatkan kesemua penumpang, malangnya Encik Burbank dan isterinya, 48 mengalami kecederaan yang parah akibat letupan.

Difahamkan, Burbank dari Birmingham merupakan seorang penterjemah bahasa Arab kepada Inggeris yang terkenal.


Bas tersebut membawa jemaah haji dari Masjid Salafi Birmingham. Abu Khadeeja, dari Institut Salafi berkata:

"Saya telah mengenali mereka berdua lebih 20 tahun, beliau seorang yang sangat dihormati, seorang yang baik dan suka mempelajari sesuatu".

"Beliau sangat dikenali dan barangkali merupakan penterjemah Arab kepada Inggeris yang terbaik di negara-negara barat. Orang ramai mengenalinya di Canada dan USA, beliau juga ada menulis beberapa buah buku"

"Beliau sudah menjadi penterjemah lebih 20 tahun - beliau sangat bijaksana"

Tuesday, November 1, 2011

Walaupun Di Kedudukan Undian Tertinggi, Mafa Tak Puas Hati




Walaupun mendapat undian tertinggi, tetapi Mafarikha Md. Akhir atau Mafa tidak berpuas hati dengan persembahannya pada konsert Vokal malam kelmarin. Menurut Mafa, dia tidak cukup masa untuk berlatih kerana berlaku perubahan pada susunan muzik pada saat-saat akhir.
“Pada mulanya, lagu ‘Kotak Hati’ itu susunan muziknya bukan macam malam ini (kelmarin). Semalam (Sabtu) baru buat perubahan pada susunan muzik. Sebab itu saya rasa tidak cukup masa untuk berlatih. Nasib baik juri suka dan beri komen yang baik. Cuma saya tidak puas hati sebab rasa macam boleh buat lebih baik jika punya masa,” ujar Mafa.
Selain itu, peserta berasal dari Perak ini juga mengakui yang dia sebenarnya berasa terkejut apabila diumumkan sebagai peserta yang mendapat undian tertinggi.
“Saya ingat Asmidar atau Irsa yang akan dapat markah tertinggi. Vokal mereka memang hebat dan saya anggap mereka adalah saingan terbesar. Mungkin minggu ini undian berpihak kepada saya, minggu depan belum tahu lagi. Tapi ini tidak buatkan saya selesa. Masih ada yang perlu diperbaiki,”ujar Mafa yang masih belum tahu bagaimana corak persembahannya pada minggu hadapan.
Sementara itu, sebagai juri tetap, Erra Fazira sempat berpesan kepada Mafa supaya tidak leka dengan kedudukannya sekarang ini. Jelas Erra, walaupun Mafa memberikan persembahan terbaik pada malam kelmarin, tetapi itu tidak bermakna dia boleh senang hati kerana peserta lain boleh memintas pada bila-bila masa.
“Vokal Mafa memang bagus. Tapi ada peserta lain yang juga bagus. Bagi saya, Irsa adalah saingan rapat Mafa. Kalau Mafa leka dan tidak cuba majukan diri, tidak mustahil peserta lain akan pintas dia pada peringkat seterusnya. Nasihat saya, Mafa jangan mudah rasa selesa sebab dia sebenarnya masih belum selamat. Masih terlalu awal untuk buat jangkaan,” ujar Erra.

Hukum Sambut Holloween

orang islam yg sambut halloween, pakai kostum yg ada tanduk setan, buat jamuan makan2...pakai topeng hantu...

Apekah ia sama dengan hukum sambut krismas? adakah ia islam plural atau liberal?


 Jawapan:

Perayaan ini berasal dari barat yang kristian dan ada padanya bercampur dengan mitos yang khurafat.

Hukum orang Islam turut merayakannya adalah haram dan bolih meosakkan aqidah.

Wajib pihak kerajaan mengeluarkan amaran supaya orang ramai tidak terpedaya dengan perayaan seperti ini yang kadangkala bolih menyebabkab syirik kerana ada padanya kepercayaan kepada syaitan.

Rujukan Ustaz Azhar Idrus

NEW ERA CAP **** PRE-ORDER



NEW ERA CAP **** PRE-ORDER










Size Chart
7 22 inches 55.8cm
7 1/8 22 3/8 inches 56.8cm
7 1/4 22 3/4 inches 57.7cm
7 3/8 23 1/8 inches 58.7cm
7 1/2 23 1/2 inches 59.6cm
7 5/8 23 7/8 inches 60.6cm
7 3/4 24 1/4 inches 61.5cm
7 7/8 24 5/8 inches 62.5cm
8 25 inches 63.5cm



 

MEMANDANGKAN NE CAP TERLALU BYK DESIGN KAMI MENAWARKAN PRE-ORDER KERANA SIZE MUNGKIN BERBEZA BAGI SETIAP ORANG


100% GUARANTEED ORIGINAL

RANGE HARGA BERBEZA MENGIKUT CAP ANTARA RM 120-160

CARA :

KAMI MUNGKIN TERLEPAS PANDANG PADA COMMENT ANDA PD GAMBAR SETIAP ITEM.

SILA PM SY DI FB Suhairi Abdullah berserta dengan LINK gambar. JIKA ANDA MEMERLUKAN GAMBAR TAMBAHAN SILA PM SY.

DEPOSIT :

MINIMUM RM 20 (TUJUAN UNTU MEMASTIKAN ANDA SERIUS, TAK MAU ADA BUYER YNG MISSING IN ACTION) KLU MIA GAK DEPOSIT BURN.


Please Contact :  ERY 0137164633


-_____________-

Gambar khairul fahmi che mat dan dahlia di bukit bintang


Werner’s adalah sebuah restoran makanan Itali yang berlokasi di Bukit Bintang. Sungguhpun perhubungan mereka berdua mula reda dilambung media, nampaknya perhubungan Khairul Fahmi yang pernah pernah menjadi tunangan orang ini terus akrab bersama gadis seksi tak ingat, Dahlia Teck.


Peh Merah betol muka khairul fahmi tu ye? 

Saturday, October 29, 2011

Panas!! Gambar Selebrity Wanita Yang Ditindas Oleh Kerajaan PAS Kelantan

Pagi tadi jam 10 pagi lebih kurang, 
sempat terperati TV 3 yang dok tengak buat konsert JOM Heboh di Kota Bharu Kelantana, 
Ish,ish kesian tengok selebriti-selebriti wanita ni....


Gambar pengacara jalan-jalan cari makan, Maria Tunku Sabri,, ha ha kan comei kalau pakai macam ni,, hari Jumaat pula tu hari ini..
Gambar atas artis-artis yang mengambil bahagian semalam,, semua bertudung, tutup aurat...




HaISH Salah PAS la ni artis2 kesayangan korang pakai tudung kan? hihi.....

Lelaki Buang Air Kecil Melalui Hidung

ahhahahahaha....aku tak sure la dia buang air kecil guna hidung ke mulut ke tak pun alat kemaluan dia kat dahi....

P/s : Korang agak? 

Friday, October 28, 2011

Jenis-Jenis Hantu Siam

Peh kelakar weyh aku tengok video ni...tuiiih sial la!! Korang tengok la sendiri


Fafau Pengacara Baru Nona?


Nama penyampai Hot FM, Fara Fauzana disebut-sebut bakal mengendalikan rancangan wanita popular di TV3, Nona bagi menggantikan pengacara sekarang, Vanidah Imran. Difahamkan, teka-teki itu bakal terungkai pada majlis pratonton rancangan televisyen Media Prima  di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada hari esok. Adakah anda setuju Fara menjadi hos Nona?
Nama lain yang turut dikaitkan bagi mengemudi rancangan wanita popular di TV3 itu ialah pelakon Rozita Che Wan yang baru-baru ini terpilih sebagai pengacara bersama di majlis Anugerah Skrin pada 4 November depan.
waaaa best la macam ni? harap success selalu untuk farah fauzana :D

 KLIK SINI KALAU BAIK HATI

SINI JUGA




Laman web FAM digodam gara-gara harga tiket RM50!

LANTARAN kenaikan harga tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang melampau oleh FAM, laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia itu telah digodam "hacked" oleh individu tidak dikenali.

Gambar harimau pada logo rasmi FAM, ditukar kepada gambar seekor babi berwarna merah jambu (pink) digabungkan dengan logo lambang duit. "Persatuan Bola Sepak Malaysia" ditukar kepada "Tuan Bola Sepak Malaysia" dengan cara memangkah tulisan "persa".

Petikan berita dari laporan Harian Metro bertajuk "Harga Tiket RM50 Wajar" yang melaporkan keengganan FAM menurunkan harga tiket RM50 tersebut turut dimasukkan di laman sesawang tersebut.

Anda boleh melihat sendiri keadaan Laman Sesawang Rasmi FAM, rujuk sini [FAM]. Bagi yang tak sempat melihat, di bawah ini printscreen laman web tersebut.


Selain itu, penuh kata-kata makian yang dilemparkan kepada FAM. Penggodam menggelarkan FAM sebagai "si kapitalis anjink" dan makian-makian lain seperti "fuck FAM", dan "FAM Anjink" sambil menyatakan bantahan terhadap harga tiket RM50 yang dikenakan.


CREDIT / SOURCE : Milo Suam

Thursday, October 27, 2011

Kindergarten Percuma untuk anak anda, macam mana nak dapat?


Ulasan Video Sini     

Ulasan Video Sini

Berikut ialah intipati pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk memperbaiki pencapaian pendidikan:

* meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah daripada 67 peratus kepada 72 peratus tahun ini dengan membabitkan kanak-kanak seawal umur empat dan lima tahun.

* meningkatkan kadar literasi daripada 87 peratus kepada 90 peratus serta meningkatkan kadar numerasi daripada 76 peratus kepada 90 peratus bagi pelajar Tahun 1, tahun ini menerusi program Literasi dan Numerasi (LINUS).

* mensasarkan sebanyak 20 buah sekolah menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun ini.

* mensasarkan sebanyak dua peratus Pengetua dan Guru Besar yang melepasi sasaran layak untuk menerima ganjaran berdasarkan penilaian berasaskan prestasi dan mengkurangkan 10 peratus Pengetua dan Guru Besar yang tidak mencapai sasaran kelayakan berkenaan.

Kecemerlangan pencapaian pelajar adalah sangat penting dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang kompetitif, seiring dengan wawasan negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Menyedari kepentingan pendidikan awal adalah penting bagi kanak-kanak berumur empat dan lima tahun, Kementerian Pelajaran telah mengenal pasti pendidikan prasekolah sebagai salah satu fokus di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.

Bagi meningkatkan kadar penyertaan dan kualiti pendidikan prasekolah, satu Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah ditubuhkan untuk mentadbir semua penyedia prasekolah.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, berperanan mengkaji semula dasar pendidikan prasekolah kerajaan dan prasekolah swasta yang berdaftar termasuk kurikulum, kriteria kelayakan, latihan dan penilaian, menyelaras semua prasekolah (kerajaan dan swasta) serta memantau dan menilai pendidikan prasekolah bagi menggubal dasar prasekolah pada masa depan.

Kementerian Pelajaran juga melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula tahun ini yang memberi penekanan dalam aspek prinsip pendidikan yang holistik, proses pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira latar belakang pelajar, mentakrifkan penggunaan bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin sebagai bahasa instruksional serta melibatkan aktiviti menggalakkan pemahaman budaya pelbagai bangsa.

Kerajaan juga meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah menerusi program peningkatan kemahiran kepada 30,000 guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun selain menetapkan kriteria kelayakan minimum semua guru prasekolah ialah Ijazah Sarjana Muda.

Dalam mengembangkan pendidikan prasekolah, kerajaan juga menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan termasuk pemberian geran per kapita kepada prasekolah kementerian Pelajaran, KEMAS dan JPIN, menambah bilangan kelas prasekolah khususnya bagi kanak-kanak berumur empat tahun dengan anggaran 10,000 kelas.

Bagi memenuhi sasaran itu, kerajaan meningkatkan kerjasama dengan pihak swasta dengan memperkenalkan insentif baru kepada pengusaha prasekolah swasta khususnya di kawasan miskin bandar dan luar bandar, di samping mematuhi standard kebangsaan.

Bagi memastikan kadar keciciran pelajar menurun, kerajaan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran literasi dan numerasi yang mampu mengupayakan anak-anak supaya lebih produktif dan lebih berkeyakinan untuk menyertai aktiviti komuniti setempat dan masyarakat keseluruhan.

Proses saringan akan dilakukan terhadap pelajar tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan September setiap tahun sehingga Tahun 3 bagi mengenal pasti pelajar sama ada perlu mengikuti program Literasi dan Numerasi (LINUS) serta membangunkan modul literasi dan numerasi yang baru di mana konsep mudah difahami akan diajar lebih awal dan penekanan ditumpukan kepada aplikasi konsep yang dipelajari.

Menyedari kekurangan guru dalam pengajaran literasi dan numerasi asas, seramai 17,000 guru telah mengikuti latihan intensif bermula November tahun lepas hingga Februari ini supaya mereka boleh menyampaikan modul pembelajaran dengan berkesan.

Selain itu, kerajaan juga memantau dan menyelia kira-kira 10 peratus sekolah yang tercorot, membina komitmen di kalangan pihak yang berkepentingan melalui program kesedaran dan aktiviti-aktiviti dan melantik fasilitator-fasilitator bagi membantu guru-guru literasi dan numerasi di sekolah-sekolah.

Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran telah mengumumkan 20 buah SBT terdiri daripada 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian, enam sekolah rendah seluruh negara, pada Isnin lepas.

SBT mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.

SBT akan menempatkan pelajar-pelajar cemerlang yang mampu menyaingi tahap pencapaian antarabangsa, melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan terkemuka dan berjaya menjadi pemimpin dalam bidang profesion masing-masing, di samping mewujudkan rangkaian 'mentoring and coaching' antara sekolah.

Kualiti SBT akan dilonjakkan dengan memberi autonomi dan akauntabiliti dalam pengurusan dan pencapaian murid.

Pengetua dan Guru Besar memainkan peranan penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran teratur di dalam dan di luar bilik darjah.

Berdasarkan pencapaian sekolah pada dua tahun sebelumnya, dianggarkan dua peratus Pengetua dan Guru Besar layak menerima ganjaran berdasarkan penilaian berasaskan pencapaian tertakluk kepada kriteria seperti Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 90 peratus, Laporan Audit Kewangan tanpa teguran, bebas daripada tindakan disiplin dan mencapai sasaran literasi dan numerasi bagi sekolah rendah.

Mereka yang layak, disediakan ganjaran kewangan dan bukan kewangan misalnya program pertindikan, kenaikan pangkat serta sijil pengiktirafan manakala bagi mereka yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, akan diberikan latihan serta bimbingan.

Bagaimanapun, sekiranya latihan dan bimbingan tidak efektif, Pengetua dan Guru Besar terbabit mungkin menghadapi risiko dipindahkan ke sekolah lain atau dinasihatkan bersara pilihan.

-- BERNAMA


Ulasan Video Sini

Jam Khas Untuk Engineer?

 Finally now a clock for us the smart people (Engineers) who can do math on the fly


Adakah seseorang engineer mahukan sebuah jam yang khas untuk mereka sahaja? aku rasa jam ni memang sesuai la untuk diorang kan? sebab dorang je yang boleh baca ni huhu...

Baby Berbual Guna Bahasa Diorang

Baby Berbual Dengan Bahasa Diorang



Hahahah aku jumpa ni tadi masa usya2 fb orang...memang cute la weyh budak 2 orang ni..
hmmmm ntah apa yang diorang bualkan ek? huhuhu....

















Tengok Video ni




















Haha Cute kan? Sape boleh tolong translate?

Wednesday, October 26, 2011

Budak ni Gila Betul Huhuhu...

Nana Mahazan: Gile Ke Apa?

"Nana dan MRB bahagia! Demi Allah yang Maha Esa, cerita tu fitnah semata-mata," tegas Nana melalui entri di blog peribadi yang bertarikh 23 Oktober, bertajuk 'Nana Bercerai?!'.

Tambahnya, "Memang ajal maut, jodoh pertemuan semua ketentuan Illahi tapi buat setakat ini, kitaorang BAHAGIA."

Buat yang tidak tahu, baru-baru ini tersebar gosip kononnya penyampai Hot FM ini telah bercerai dengan suaminya, Mohamaed Raqeem Brian. Kalau ikutkan cerita yang disampaikan seorang kaunselor ini, punca perceraian mereka disebabkan hantaran gitar Nana buat suami ketika majlis pernikahan mereka.

Reaksi pertama Nana sudah boleh dijangka. "Gile ke apa?!" katanya. Apatah lagi orang yang menyebar cerita dikatakan seorang kaunselor dan punca perceraian disebabkan hantaran gitar buat suami.

Nana mengakui sedih bila ada yang mempercayai gosip tersebut, ditambah pula ada pihak yang "memaki, pandang serong, menokok tambah cerita-cerita karut ini".

Dan jika ada masih yang tidak percaya dengan penjelasan Nana ini, apa kata luangkan sedikit masa melayari blog Nana. Kalau tak pun, tengok je lebih kurang 50 gambar yang dikongsikan Nana ketika sambutan hari jadi anaknya pada Ahad lalu dalam entri 'Althea's 1st Birthday Party'.

Battlefield 3 Launch Trailer (New Gameplay Video)

Wah wah Wah Battlefield 3 dah kuar!! x sabar nih...nak kena beli copek2 huhu...jom kita tengok trailer dia..




Hebat kan? sape yang gila game memang musti harus wajib dapatkan game ni!! GO ON!!!

Abby Abadi Berpisah Dengan Zul Ariffin

Bak kata Abby Abadi sendiri, "Sy......... mmmm, di duga lagi......".

Dalam entri bertarikh 25 Oktober yang diberi tajuk 'Zulkifli Ariffin', Abby melalui blog peribadinya mengakui telah berpisah dengan Zul.

"Sedih mmg tak tergambar dgn kata2, tp Sy redha dgn ketentuan NYA..... Mungkin ada kesilapan Sy, yg Sy lakukan tanpa sedar sebelum ni, & skrg inilah balasan tuhan pd Sy. Sy terharu sebenarnya dgn doa dr semua yg mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tp apakan daya......... Sy pun mengharap 'sesuatu yg terbaik' sebenarnya... tp INILAH TAKDIR SAYA :)

Sy sedih........ sgt sedih utk terima 'kehilangan' ini.......... tp Sy takde kuasa utk ubah keadaan. Sy cuma nk org yg Sy sayang bahagia dgn apa yg dia mahukan. Insyallah, masa susahpun buleh jer cari Sy. :,)"

Tiga tahun mungkin tidak kelihatan seperti jangkamasa yang lama, tetapi bila ia melibatkan soal hati dan perasaan, ia satu tempoh yang cukup panjang.

Lebih-lebih lagi bila Zul hadir dalam hidup Abby ketika dia perlu berdepan secara public dengan masalah rumahtangganya. Meskipun ada yang memandang sinis hubungan mereka tetapi tak kurang juga yang tabik Zul kerana setia di sisi Abby, bersamanya mengharungi segala dugaan.

Tidak menghairankan bila Abby menulis "Sehingga ke saat Sy menaip utk entri ini, Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu..." Sebelum mengakhiri dengan "Awak selalu dalam hati Sy............ Abby Abadi :,,))

Abby juga berkongsi banyak gambar-gambar yang merakam saat manis mereka bersama.

Semestinya, ramai yang tertanya apa punca perpisahan mereka? Menurut Abby, "keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah.... nmpknya tak menyebelahi kami".

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Selepas satu, satu dugaan yang melanda Abby sejak tiga tahun lepas.

Diharapkan Abby dapat melalui dugaan ini dengan tabah.

Raih 7Juta, Produksi Filem Nasi Lemak 2.0 Rai Kejayaan



Filem tempatan , hasil julung pengarah kontroversi Namewee menjadi filem kejutan 2011 orang ramai apabila ia berjaya meraih kutipan lebih daripada RM7 juta di pawagam. “Selama ini, saya memang menaruh harapan yang tinggi pada filem ini, namun saya tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik di kalangan rakyat Malaysia. Kami mengadakan parti keraian ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada barisan pelakon dan krew yang mempercayai kami sejak permulaan”, kata Namewee.

Dengan gandingan kerjasama UB Prodigee Entertainment dan Prodigee Media, parti keraian kejayaan filem Nasi Lemak 2.0 telah diadakan di Kuala Lumpur dan berjaya menghimpunkan barisan pelakon (termasuk Namewee, Adibah Noor, Reshmonu, Nadine Ann Thomas, Dennis Lau, Felixia Yeap dan yang lain) serta krew filem. “Pengalaman pembikinan serta mempromosi Nasi Lemak 2.0 amat menarik dan bermakna, terutamanya ketika menonton filem ini di Melbourne pada Hari Merdeka  dengan pawagam yang penuh. Saya akan sentiasa mengingati dan menghargai pengalaman yang bermakna ini” kata pelakon utama filem, Adibah Noor.
Disebabkan oleh  karakter pengarah filem Namewee yang berterus terang, berhadapan pelbagai aduan daripada para penunjuk perasaan di Ipoh sejurus filem ini mula ditayangkan pada 8hb September 2011. Para penunjuk perasaan meminta pihak Kementerian untuk memboikot filem ini atas sebab kandungannya yang bersifat negatif. Filem ini turut menerima krtikan yang hebat daripada pihak media.
Namun dengan sokongan dan maklum balas yang positif daripada para penonton and juga 70 pemilik pawagam, filem ini dapat meneruskan tayangannya dan berada di tempat ketiga teratas selama tiga minggu berturut-turut. “Oleh kerana aspek dan keputusan kormesial,  kebanyakan pawagam telah menghentikan tayangan filem ini selepas ianya dilancarkan di platform Astro First.  Akan tetapi, masih terdapat banyak pawagam yang menayangkan filem kami terutamanya pawagam-pawagam di kampung halaman saya Muar, dan juga di beberapa buah bandar di Sabah dan Sarawak”, kata Penerbit Eksekutif filem, Fred Chong.
Ditaja oleh Canon Malaysia, HTC Malaysia dan Tiger Beer dan filem ini menceritakan bagaimana seorang rakyat Malaysia yang hilang arah hidup berjaya mencari identitinya melalui pembelajaran memasak hidangan tempatan. Kami berasa sungguh gembira kerana ramai yang dapat memahami mesej filem ini yang ringkas tetapi bermakna” kata Fred Chong. “Saya dimaklumkan bahawa filem ini kini menduduki tempat pertama sebagai filem tempatan berbahasa Cina dengan rekod kutipan pawagam tertinggi, dan berada pada tempat ke-8 secara keseluruhan dalam kutipan pawagam filem tempatan tertinggi sepanjang zaman. Saya berasa sungguh gembira kerana filem ini bukan sahaja ditonton oleh kaum Cina, bahkan kaum Melayu, India, Iban, Kadazan dan Serani dari seluruh pelusuk negara turut menikmati filem yang dibikin untuk rakyat Malaysia ini” kata Namewee.

“Kami telah mempromosikannya di seluruh negara dan bertemu dengan ramai penyokong berbilang kaum yang menyatakan bahawa mereka amat menyukai filem Nasi Lemak 2.0. Tidak  dinafikan ia merupakan pengalaman yang hebat dan bermakna untuk menjadi sebahagian daripada fenomena ini” kata pelakon filem, Dennis Lau.
Baru-baru ini, filem telah dipilih sebagai Tayangan Rasmi untuk festival filem termashyur di dunia iaitu Taipei Golden Horse Film Festival 2011 dan ini merupakan sesuatu yang jarang berlaku bagi sebuah filem Malaysia. “Saya berasa amat berbesar hati dan terkejut kerana filem saya amat bercirikan aspek tempatan dan tidak menyangka bahawa orang luar negara dapat memahami gaya dan jalan cerita saya. Oleh itu, saya berasa amat gembira kerana dapat membanggakan Malaysia pada bulan November ini”, kata Namewee. Di samping itu, filem ini telah memastikan pengedarannya di Singapura dan Taiwan dan akan dilancarkan pada bulan Disember ini.

Apabila ditanya tentang projek masa hadapan, Fred Chong menyatakan bahawa Namewee kini telah menyiapkan 5 hingga 6 skrip dan syarikatnya akan melihat projek Namewee yang seterusnya tidak lama lagi. Mereka akan meneruskan penampilan barisan pelakon berbilang kaum untuk mencerminkan cerita 1Malaysia melalui akal dan jenaka pengarah berbakat Namewee. “Saya masih baru dan muda, oleh itu saya berharap dapat belajar daripada lebih ramai dan pada masa yang sama memperbaiki gaya bercerita saya yang unik. Oleh itu, ya, saya tidak sabar untuk memulakan filem saya yang seterusnya” kata Namewee.
Filem boleh diperolehi dalam bentu DVD di seluruh negara dan masih disiarkan di saluran Astro First untuk tayangan terhad. Filem ini juga bakal ditayangkan di TonTon tidak lama lagi. Barangan cenderamata rasmi filem ini boleh dipesan secara online di www.nasilemak2.com.

Bahaya Diet!!

Kepada korang-korang yang diet tu jangan la terlalu obses nak ber diet sampai jadi macam kawan2 kita yang kat bawah ni ye haha saksikan sendiri








Hot Dog Haram!!!

Sebelum korang makan hot dog pastikan hot dog tu tak macam ni

Hot : Gula rm170 sekilo?

 
 
Sapa yang bodohnakmampos beli gula sekilo pada harga rm170.00 di malaysia?

Nak tengok dan kenal tak sapa mereka? Baca bawah neh ;


KAH KAH KAH
Kelakar kelakar. 
Nasib baik syarikat tue dah pulangkan balik duit lebihan tue. Itupun kena minta. Time issue bayaran takan tak perasan depa tertulis lebih? Ka..? Saja nak pekena lepas tue terkantoi sebab tue sama2 pakat pulangkan balik duit tersebut?
Cuba fikir sket. Benda neh berlaku tahun lepas. Tapi bayaran balik hanya bermula pada akhir tahun neh. Itupun bayar ansur2. Then bila giatmara mengarahkan siasatan dijalankan tiba2 depa bayar habis. Macam ada apa2 je.
kah kah kah

Tak kisahlah tue. Janji depa dah pulangkan balik duit tersebut. Harap betul2 dah ada dalam account semula. Bukan untuk sementara waktu je bagi menghadapi audit neh. Tapi benda neh telah membuatkan aku berfikir tentang perkara yang lain. Apasal ek giatmara bayar syarikat neh untuk program pembasmian kemiskinan? Apa peranan syarikat neh sebenarnya? 
Jeng jeng jeng..
SUmber : ameno world