Wednesday, October 26, 2011

Abby Abadi Berpisah Dengan Zul Ariffin

Bak kata Abby Abadi sendiri, "Sy......... mmmm, di duga lagi......".

Dalam entri bertarikh 25 Oktober yang diberi tajuk 'Zulkifli Ariffin', Abby melalui blog peribadinya mengakui telah berpisah dengan Zul.

"Sedih mmg tak tergambar dgn kata2, tp Sy redha dgn ketentuan NYA..... Mungkin ada kesilapan Sy, yg Sy lakukan tanpa sedar sebelum ni, & skrg inilah balasan tuhan pd Sy. Sy terharu sebenarnya dgn doa dr semua yg mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tp apakan daya......... Sy pun mengharap 'sesuatu yg terbaik' sebenarnya... tp INILAH TAKDIR SAYA :)

Sy sedih........ sgt sedih utk terima 'kehilangan' ini.......... tp Sy takde kuasa utk ubah keadaan. Sy cuma nk org yg Sy sayang bahagia dgn apa yg dia mahukan. Insyallah, masa susahpun buleh jer cari Sy. :,)"

Tiga tahun mungkin tidak kelihatan seperti jangkamasa yang lama, tetapi bila ia melibatkan soal hati dan perasaan, ia satu tempoh yang cukup panjang.

Lebih-lebih lagi bila Zul hadir dalam hidup Abby ketika dia perlu berdepan secara public dengan masalah rumahtangganya. Meskipun ada yang memandang sinis hubungan mereka tetapi tak kurang juga yang tabik Zul kerana setia di sisi Abby, bersamanya mengharungi segala dugaan.

Tidak menghairankan bila Abby menulis "Sehingga ke saat Sy menaip utk entri ini, Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu..." Sebelum mengakhiri dengan "Awak selalu dalam hati Sy............ Abby Abadi :,,))

Abby juga berkongsi banyak gambar-gambar yang merakam saat manis mereka bersama.

Semestinya, ramai yang tertanya apa punca perpisahan mereka? Menurut Abby, "keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah.... nmpknya tak menyebelahi kami".

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Selepas satu, satu dugaan yang melanda Abby sejak tiga tahun lepas.

Diharapkan Abby dapat melalui dugaan ini dengan tabah.

No comments:

Post a Comment