Sunday, October 23, 2011

Dalam Diam Juara Realiti Program Dapat Anak Lagi?

Gosip terbaru yang sampai ke telinga XERYDOT ini membabitkan seorang juara realiti program yang sebelum ini memang suka sangat membuat kejutan. Sebelum ini penyanyi bertubuh genit ini dalam diam telah mendirikan rumahtangga. Tidak lama selepas itu, penyanyi ini melahirkan anak pula.

Agak lama jugalah penyanyi berkulit hitam manis ini menyepikan diri sehingga menjadi buruan media tempatan. Namun, selepas hampir setahun bersembunyi, akhirnya dia muncul juga membuat satu sidang akhbar bagi memperjelaskan tentang statusnya itu. Baguslah begitu, kalau tidak sampai bila dia nak sembunyi kan?

Terbaru, si penyanyi ini sekali lagi membuat kejutan kepada XERYDOT. Dalam diam, penyanyi ini khabarnya telah melahirkan anak kedua pada minggu lepas. Jika sebelum ini anak lelaki, kali ini anak perempuan pula. Wah, kalau benar kisah ini, tahniah XERYDOT ucapkan kepada penyanyi ini. Tertanya-tanya juga, adakah penyanyi ini akan buat sidang akhbar lagi selepas ini?

No comments:

Post a Comment