Lima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship.
Pemilihan itu dibuat oleh jawatankuasa direktorat World Endurance Championship, yang diketuai oleh ketua pengarah Institut Sukan Negara (ISN), termasuk doktor veterinar, pegawai teknik dan pengurus projek.
Harga 23 kuda itu berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Kuda-kuda itu dibeli daripada:
- Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) dengan bernilai RM1.98 juta
- El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta
- Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta
- Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta
- Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga)
- Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua)
- Universiti Putra Malaysia (tiga)
- Universiti Teknologi Malaysia (dua)
- Majlis Sukan Terengganu (dua)
- Royal Terengganu Endurance Stable (lapan)
No comments:
Post a Comment