Sunday, October 23, 2011

iPhone 4S vs. Samsung Galaxy S II - WHO WINS?!





apple baru saja mengeluarkan iPhone 4S, jika dibandingkan Galaxy S2, siapa yang jadi juaranya? Samsung, syarikat asal Korea Selatan ini mengaku Galaxy S2 menggunakan data 4G sejati dengan WiMAX, HSPA +42 atau HSPA +21 Mbsp. Sebaliknya menurut AppleInsider, iPhone 4S masih mengggunakan kesambungan 3G HSPA 14.4. Selain itu, pada Galaxy S2 boleh ditemui skrin yang lebih lega yang besarnya 42-58% dari iPhone 4S.
Menurut stategy Analytics, skrin Super AMOLED Plus Samsungi disebut-sebut sebagai pilihan yang lebih baik berbanding Retina Display Apple. Daya tarikan lain Galaxy S2 adalah, kamera depan dengan resolusi lebih tinggi, ciri rakam video yang lebih baik, bateri yang boleh ditanggalkan, dan fungsi remote kawalan HDTV.
Di sisi lain, Samsung dan Apple sedang berseteru di seluruh dunia kerana 20 kes pelanggaran hak paten. Terbaru, Samsung merancang menghentikan jualan iPhone 4S di Itali dan Perancis bahkan sebelum peranti itu masuk pasaran.
Perbezaan antara iPhone 4S dan Galaxy S II?
Form Factor- Galaxy S2: 125,3 x 66,1 x 8,49 mm, 117g- IPhone 4S: 115,2 x 58,6 x 9,3 mm, 140g
Baik iPhone 4S mahupun SGS2 mempunyai reka bentuk mengagumkan. Yang menjadikan saiz selanjutnya adalah saiz telefon; mana yang paling selesa anda Kantongi? SGS2 lebih panjang dan lebih lebar, tetapi lebih nipis dan ringan. Sebaliknya, iPhone 4S berukuran lebih kecil tetapi lebih tebal dan lebih berat dari SGS2.
Display- Galaxy S2: 4.27 inci, 800x480px, 218ppi, Super AMOLED Plus- IPhone 4S: 3.5 inci, 960x640px, 326ppi, LCD with IPS
Saiz display SGS2 lebih luas dari iPhone 4S. Namun perlu anda catat meski iPhone 4S mempunyai display lebih kecil tapi resolusinya sangat tinggi. Untuk mengetahui secara pasti perbezaannya, anda boleh meletakkan iPhone 4S sejajar dengan SGS2. Dari situ anda boleh lihat prestasi grafik dari iPhone 4S jauh lebih baik dari paparan SGS2. Namun jika anda memerlukan spaca yang lebih luas untuk keselesaan browsing atau nonton video klip, pastiny SGS2 dengan touchscreen lebih luas akan lebih selesa.
Engine Room- Galaxy S2: Samsung Exynos 4210- IPhone 4S: Apple A5
Well, kedua-dua cip baik di dalam SGS2 mahupun dalam iPhone 4S adalah buatan Samsung yang di dalamnya terdapat sebuah CPU dual-core 1-1,2 GHz ARM Cortex-A9. Perbezaan kedua-duanya ada pada cip grafik. SGS2 memakai Mali-400 GPU sementara iPhone 4S menggunakan PowerVR SGX543MP2. Chips grafik iPhone 4S itu akan menghasilkan hasil benchmark sangat tinggi apabila digabungkan dengan pemproses A5.
Satu lagi, walaupun Samsung menggandakan RAM SGS2 menjadi 1GB berbanding RAM di iPhone 4S namun untuk paparan video yang lebih halus dan untuk keselasaan bermain game Iphone 4s adalah pemengnya.


Disini video-video yang diorang buat untung mebandingkan dua handset ni




Dan yang ni  plak DROP TEST memang gila dorang ni daripada rosakkan baik abgi aku ye tak? hehe













No comments:

Post a Comment