Filem tempatan , hasil julung pengarah kontroversi Namewee menjadi filem kejutan 2011 orang ramai apabila ia berjaya meraih kutipan lebih daripada RM7 juta di pawagam. “Selama ini, saya memang menaruh harapan yang tinggi pada filem ini, namun saya tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik di kalangan rakyat Malaysia. Kami mengadakan parti keraian ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada barisan pelakon dan krew yang mempercayai kami sejak permulaan”, kata Namewee.
Dengan gandingan kerjasama UB Prodigee Entertainment dan Prodigee Media, parti keraian kejayaan filem Nasi Lemak 2.0 telah diadakan di Kuala Lumpur dan berjaya menghimpunkan barisan pelakon (termasuk Namewee, Adibah Noor, Reshmonu, Nadine Ann Thomas, Dennis Lau, Felixia Yeap dan yang lain) serta krew filem. “Pengalaman pembikinan serta mempromosi Nasi Lemak 2.0 amat menarik dan bermakna, terutamanya ketika menonton filem ini di Melbourne pada Hari Merdeka dengan pawagam yang penuh. Saya akan sentiasa mengingati dan menghargai pengalaman yang bermakna ini” kata pelakon utama filem, Adibah Noor.
Disebabkan oleh karakter pengarah filem Namewee yang berterus terang, berhadapan pelbagai aduan daripada para penunjuk perasaan di Ipoh sejurus filem ini mula ditayangkan pada 8hb September 2011. Para penunjuk perasaan meminta pihak Kementerian untuk memboikot filem ini atas sebab kandungannya yang bersifat negatif. Filem ini turut menerima krtikan yang hebat daripada pihak media.
Namun dengan sokongan dan maklum balas yang positif daripada para penonton and juga 70 pemilik pawagam, filem ini dapat meneruskan tayangannya dan berada di tempat ketiga teratas selama tiga minggu berturut-turut. “Oleh kerana aspek dan keputusan kormesial, kebanyakan pawagam telah menghentikan tayangan filem ini selepas ianya dilancarkan di platform Astro First. Akan tetapi, masih terdapat banyak pawagam yang menayangkan filem kami terutamanya pawagam-pawagam di kampung halaman saya Muar, dan juga di beberapa buah bandar di Sabah dan Sarawak”, kata Penerbit Eksekutif filem, Fred Chong.

“Kami telah mempromosikannya di seluruh negara dan bertemu dengan ramai penyokong berbilang kaum yang menyatakan bahawa mereka amat menyukai filem Nasi Lemak 2.0. Tidak dinafikan ia merupakan pengalaman yang hebat dan bermakna untuk menjadi sebahagian daripada fenomena ini” kata pelakon filem, Dennis Lau.

Apabila ditanya tentang projek masa hadapan, Fred Chong menyatakan bahawa Namewee kini telah menyiapkan 5 hingga 6 skrip dan syarikatnya akan melihat projek Namewee yang seterusnya tidak lama lagi. Mereka akan meneruskan penampilan barisan pelakon berbilang kaum untuk mencerminkan cerita 1Malaysia melalui akal dan jenaka pengarah berbakat Namewee. “Saya masih baru dan muda, oleh itu saya berharap dapat belajar daripada lebih ramai dan pada masa yang sama memperbaiki gaya bercerita saya yang unik. Oleh itu, ya, saya tidak sabar untuk memulakan filem saya yang seterusnya” kata Namewee.
Filem boleh diperolehi dalam bentu DVD di seluruh negara dan masih disiarkan di saluran Astro First untuk tayangan terhad. Filem ini juga bakal ditayangkan di TonTon tidak lama lagi. Barangan cenderamata rasmi filem ini boleh dipesan secara online di www.nasilemak2.com.
No comments:
Post a Comment