Wednesday, October 26, 2011

Nana Mahazan: Gile Ke Apa?

"Nana dan MRB bahagia! Demi Allah yang Maha Esa, cerita tu fitnah semata-mata," tegas Nana melalui entri di blog peribadi yang bertarikh 23 Oktober, bertajuk 'Nana Bercerai?!'.

Tambahnya, "Memang ajal maut, jodoh pertemuan semua ketentuan Illahi tapi buat setakat ini, kitaorang BAHAGIA."

Buat yang tidak tahu, baru-baru ini tersebar gosip kononnya penyampai Hot FM ini telah bercerai dengan suaminya, Mohamaed Raqeem Brian. Kalau ikutkan cerita yang disampaikan seorang kaunselor ini, punca perceraian mereka disebabkan hantaran gitar Nana buat suami ketika majlis pernikahan mereka.

Reaksi pertama Nana sudah boleh dijangka. "Gile ke apa?!" katanya. Apatah lagi orang yang menyebar cerita dikatakan seorang kaunselor dan punca perceraian disebabkan hantaran gitar buat suami.

Nana mengakui sedih bila ada yang mempercayai gosip tersebut, ditambah pula ada pihak yang "memaki, pandang serong, menokok tambah cerita-cerita karut ini".

Dan jika ada masih yang tidak percaya dengan penjelasan Nana ini, apa kata luangkan sedikit masa melayari blog Nana. Kalau tak pun, tengok je lebih kurang 50 gambar yang dikongsikan Nana ketika sambutan hari jadi anaknya pada Ahad lalu dalam entri 'Althea's 1st Birthday Party'.

2 comments:

Unknown said...

dia dj hot fm ke??
akak baru tau..punya lama tak dengar hot fm..'heheheh

Xerydot said...

yelaaa dia dj hot fm ehhe

Post a Comment